Assalamualaikum all,
Alhamdulillah.. rezeki orang kampung.. rezeki kami jugak. Walaupun terpaksa round satu kampung (dengan muka toya) hasilnya memang berbaloi.
Muka toya.. ye la.. tak pernah Ibu harung kampung kat sawah yang sebelah tu. Dari tak kenal orang.. tup tup baru tau itu ini. Nasib baik bulan posa. Otherwise.. senak kena jamu yang macam-macam. Musim buah kat kampung sekarang ni.
Puas hati.. ikan sembilang beli dengan orang kampung sendiri.. insya'Allah yakin asal usul kejadian.
Meh Ibu share sikit tips pasal ikan sembilang ni..
Ikan sembilang sungai (liar) isinya lebih kental dan padat. Not to mentioned.. kurang lemak. So dengan proses menyalai yang lebih singkat.. isinya jugak lebih sedap dari ikan sembilang ternak.
Ikan sembilang ternak.. semua yang bukan dari ikan sembilang sungai la.
Okey.. ini cerita kelmarin. Selepas selesai disalai.. kami gulaikan pulak dengan kedondong muda. Alhamdulillah.. memang tak berbaki. && wajib buat extra podeh. Memang tak menyesal.. ermmm.. rasa macam nak beli jer pulak lagi ni. Buat bekal bawak balik ke negara Pasir Berdengung tu.
Anyway.. semua ni sebab nak menyambut Cik Asben yang baru balik. Rezeki untuk iftar. Rezeki kami semua jugak.
As for Cik Asben.. sampai saja ke Tanah Malaya.. terus lapor diri. Sementara stok masih ada babe.. At least satu wishlist dah boleh pangkah terus.
Apa nak masak hari ni?? Ermmm.. rendang daging rusa.. macam menarik jugak kan kan..