Quantcast
Channel: Ibu Sham
Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Bazaar Ramadhan.. rezeki untuk semua..

$
0
0
Assalamualaikum all,

Puasa.. Ramadhan.. dah hampir nak tutup buku. Ada rezeki.. panjang umur.. kita jumpa pulak tahun depan.. Semoga masih ada lagi hayat kita ketika itu. Juga semoga Allah perkenankan doa.. berikan kesihatan yang baik.. panjangkan umur.. insya'Allah.

Begitu jugak pada yang ambik kesempatan dengan menambah pendapatan di pasar-pasar atau bazaar Ramadhan. Ada yang masak sedap.. ada yang.. (sila sambung ayat dalam hati). Semua tu rezeki masing-masing.

And bagi kami.. rasanya tak sampai 5 kali ke sana. Mungkin sebab lebih selesa masak sendiri.. lebih yakin dengan kebersihan masakan sendiri.. and jugak.. sebab rasanya.. harga pun lebih murah (betul ke?).. Tapi pada yang bekerja.. ada masa perlu jugak akur dengan keadaan dan terpaksa membeli atas faktor kesuntukan masa.

Anyhow.. cerita kami.
Rasanya lama jugak dah tak makan ikan bakar. Ibu sebenarnya biasa-biasa saja tapi Omak sey.. setakat ikan terubuk bakar sebesar lengan Ibu ni.. anytime dia boleh layan "sekor" sorang-sorang.

Dah macam tu.. try la pi ronda-ronda nak sampaikan hajat. Sekali... RM40 sekor. Mak aii.. Tak tahulah kami yang kedekut atau memang dah harga macam tu.

Terus ambik iktibar.
Hence.. semalam Ibu pi dayakan jugak mencari terubuk. Kat pasar banyak kan.. Alhamdulillah.. walaupun Ibu sampai dah lewat (2.++ pm jugak time tu).. 2 ekor terubok jadi mangsa. And petang semalam.. selamat sudah ikan terubuk bakar jadi rezeki berbuka puasa kami. Anak-anak pun sama makan jugak. Tapi terpaksalah Ibu sama-sama jadi tukang scan tulang-tulang terubuk tu.

And kosnya 2 ekor terubuk (kecik sikit jer dari lengan Ibu ni) baru RM16.00. Berbaloi kan.

P/s;
Tapi indeed-lah Ibu terpaksa mengharung bara panas dan asap dari sabut kelapa. Tapi satisfaction.. is pure 100++%.

Terubuk yang sedang dibakar.
Bliss..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Latest Images

Trending Articles



Latest Images