Quantcast
Channel: Ibu Sham
Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Daun.. pokok.. pucuk puding..

$
0
0
Assalamualaikum all,

Ada yang bertanya, macam mana rupanya daun puding?

Well di sini Ibu selitkan a few pics untuk tontotan those yang concern. Biasanya daun pucuk puding ni dicampur dalam masakan especially rendang ayam. Ibu tak pasti pulak macam mana dengan negeri-negeri yang lain. Tapi jika di Negeri Sembilan, begitulah resminya. 
 
Kalau di rumah Ibu, between ayam and daun puding.. biasanya daun puding yang akan habis dulu. Entahlah.. tapi biasanya macam tu la.
 



Selalunya, hanya bahagian pucuk sahaja yang digunakan. Cuma jika Omak sey, dia prefer membuang dahulu urat tengah daun puding tu. Then, daun puding ni dimasukkan ketika rendang sudah hampir kering. Nak kira rasa.. biasa-biasa sahaja. Tak ada masam, manis atau kelat. Tapi mungkin dah terbiasa.. so jadi macam kebiasaan pulak. Rasa macam kurang sifat kalau merendang tanpa daun puding. Especially kalau ayam yang digunakan tu hat ayam kampung.
 
Well.. pada yang berhajat boleh sahaja mencuba. Jika tak jumpa di kampung-kampung.. jalan mudah cari sahaja di pasar-pasar tani. Insya'Allah.. tidak akan mengecewakan rasanya.
 
Until then.. chiaw..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Latest Images

Trending Articles



Latest Images