Quantcast
Channel: Ibu Sham
Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Kenduri bukak akaun..

$
0
0
Assalamualaikum all,

Akhirnya.. selesai sudah cuti-cuti kami di Tanah Malaya. Tick tock tick tock hampir 3 bulan di sana rasa bagaikan hanya 3 minggu sahaja. Dengan pelbagai tugas yang perlu diselesaikan, kaum keluarga yang perlu diziarah.. itu belum lagi dengan wishlish anak-anak (termasuk la Ibu sekali).. projek terjah yang hampir setiap hari.. adeiihhhh.. rasa macam tak cukup 24 jam.

Walaupun saban hari berdepan dengan urusan yang kebanyakannya diatur "in advance" masih ada jugak yang terkucil. Nampak gaya.. tunggu next trip la pulak.

Bab makan-makan.. alhamdulillah. Tho bukan semua sempat dijamah but almost all.. khatam jugak. Adatlah kan.. perut pun ada limit jugak. Insya'Allah jika ada rezeki akan Ibu kongsikan di sini. On one fine day..

Well.. last night.. setelah bertubi-tubi komen-komen nakal mengusik dan menyakat di FB, wassup, email as well as sms.. maka Ibu tunaikan jugak hajat rakan-rakan di Tanah Pasir Berdengung. Apa lagi jika bukan kenduri bukak akaun. Nak buat makan-makan hari raya, bulan Syawal pun dah habis.

Lauk.. Ibu hidangkan dulu lauk wajib and apa-apa sahaja yang ada dalam fridge. Tak sempat nak pi pasar lagi.

Kena sambung tugas menyimpan dan apa-apa sahajalah yang patut ni. Harap maklum sahaja.. 175kg.. banyak jugak nak kena buat ni.

Puan Presiden nak balik bercuti pulak.. so nak pass amanat pada anak buah pulak..

Alhamdulillah.. rasa semua dah kenyang kut..

Lauk wajib..

Sementara pucuk puding masih segar..




Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Trending Articles