Assalamualaikum all,
Seharian dok berkurung di rumah. Konon macam-macam nak dibuat. At last, tarik selimut sampai separuh hari. Layan tv, layan perut ala kadar and layan mata. Sungguh tidak bagus.
Dalam hati asyik kata.. bangunlah.. banyak benda kena selesaikan ni. Tapi sekali bila Cik Asben sanggup tapau nasi beriyani Yemen, terus semua terbengkalai.
Tambah bosan bila semua cerita asyik perihal GE13 on this coming 5th May. Yang berkempen.. kempenlah.. yang tak tahan ni yang main kasar yakni sampai memalukan diri sendiri.. memalukan sahabat sendiri.. membuka aib orang lain.. macam-macam la lagi.
Btw, sarapan kami pun memang ala kadar sahaja hari ni. Entahlah, mood memang ke Laut Merah kekdahnya.
While kelmarin selesai sudah satu lagi shipment sayur-sayuran untuk kawan-kawan di sini. Kalaulah Ibu boleh berniaga semacam ini.. aduhaiiii..