Dapat 'sharing' dari sorang kawan. Motif.. ntah la. Masing-masing la kan.
Tapi..
Rasa terpanggil pulak nak kongsi pengalaman kami semasa merantau ke Tanah Pasir Berdengung.
Unlike Argentina atau China atau Kazakhtan atau Iran yang memang keras dengan penggunaan bahasa ibunda, di Kuwait memang kami tak ada masalah komunikasi. Mushkilah Arabic mafi.. English medium jadi penyelamat kami. Cuma tahap English yang digunakan akan bergantung kepada tempat atau situasi ia digunakan.
Kalau pi repair kereta.. sedia maklum jer la English level yang digunakan. Sama jugak kisah nyer jika berkomunikasi dengan guru-guru di sekolah anak-anak kami. Ada masa.. rasa macam spekang with the Brits la pulak.
Memang tak ada orang akan bash atau hentam kita tho' English kita tunggang terbalik dengan grammar yang huru-hara.. asalkan maksud 'diterima' dan 'difahami'.. khalas.
But sincerely.. pada Ibu.. tak salah kalau kita ambik inisiatif untuk perbaiki diri. Baik dari sebutan mahu pun nahu bahasa itu sendiri.
Pernah ke kita dengar siapa-siapa pun cakap.. rugi la belajar 'bahasa' beriya sangat tapi bukan guna sangat pun..
Kalau ada pun.. berapa percent sangat la pun kan.
Mampu bercakap dengan penggunaan tatabahasa Bahasa Inggeris yang betul atau sebutan yang tepat bukan bermakna kita membiarkan diri kita dijajah semula oleh negara barat.
Sama jugak bila kita memakai jubah atau abaya (contoh), bukan bermakna kita sudah lupa dengan baju kebaya atau baju kurung.
Begitu jugak bila kita mampu menggunakan chopstick, bukan bermakna kita menjadi orang Cina. Atau bila kita makan capati.. bukan bermakna kita mendewakan bangsa India.
Its all in your head babe.
Kalau kita rasa dengan memajukan diri.. walau hanya dengan setakat belajar Bahasa Inggeris.. kita dah jadi macam tu.. kita dah jadi macam ni.. sila sambung dalam hati jer la ya.
Dan ini bukan hanya untuk Bahasa Inggeris.. sama saja hal nyer dengan bahasa-bahasa lain pun..
Dan ini bukan hanya untuk Bahasa Inggeris.. sama saja hal nyer dengan bahasa-bahasa lain pun..
P/s;
Ari ni takda cerita orang meroyan kat warong.. jerebu dah kurang kan kan..
Assalamualaikum.