Quantcast
Channel: Ibu Sham
Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Halo-halo & Lisa Kleypas.. what a team..

$
0
0

Assalamualaikum all,

Time for anak-anak gunting rambut lagi. So sementara dia orang gunting rambut.. Ibu layan tekak. Cuaca di luar sekarang dah mulai cecah sampai 35C. So bila dapat Halo-halo atau ABC Pinoy ni.. sejukkkkk je masuk ke tekak.

Harga wise, 1KD semangkuk. Kira seringgit je la pada Kuwaiti ni. Tapi pada kita.. ehem ehemmmm.. try la darab 11. And atas sebab itu kami ngeri nak spend bukan-bukan kalau kat luar. Tapi kira berbaloi la. Kalau di Tanah Malaya mana nak dapat ABC macam ni.

Dengan ais kerim 1 skop besar, buah kabung yang pelbagai warna (banyak pulak tu), isi kelapa, kacang merah, jelly.. huishhh. Memang boleh kenyang kalau macam ni.

Then sementara tunggu Cik Asben habis kerja, kami pi ziarah kedai Jacob. Actually, mujur kami kuatkan "rasa" nak ziarah Jacob. Kedai buku Jacob dah nak tutup this coming June. Dah cukup 10 tahun dia beroperasi. And so unfortunate dia terpaksa say goodbye to it.

Lebih sedih lagi, budak-budak ni won't be seeing him anymore or lepak kat kedai dia lagi. Nak buat macam mana.

And petang tadi, dapatlah Arif tambah lagi koleksi dia. Ibu pun merasa jugak. For FREE. Now, if only I could find time to finish all these books. Geram tengok. Tak tau mana nak baca dulu.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

Trending Articles