Okey.. you've gone too far peeps.
Suka hati jer dok tayang-tayang video kepala budak putus la.. kaki putus la.. badan bersepai la.. otak berterabur la.. they are all in jannah now. Tempat mereka sangat suci.. thus.. let them rest in peace. Kita yang atas dunia ni masih ada lagi unfinish business.
Nak tanya ni.. just what do you achieve by doing so.. kut ya pun.. tunjuk la yang sesuai dengan tontonan umum. Yang sempurna sifatnya.. at least yang dah dikafankan. They deserve to be treated in such manners. Bukannya jadi tontonan umum bagi meraih LIKE di dada FB. Menjadi bahan untuk menyemarakkan kemarahan dengan situasi yang tengah bergolak. Kita sudah sedia maklum.. cuma.. cubalah lebih sensitif.
Try to put ourselves in their situation. Andai kata si Ibu.. si Ayah atau keluarga melihat gambar-gambar tersebut menjadi "bahan".. how would they feel.. how would they react.. Al-Fatihah.
Sejujurnya..
Ibu ni memang jenis yang suka tengok segala video yang horror morror.. insya'Allah.. tunjuklah video orang kena sembelih pun Ibu masih mampu tengok. But as in Gaza's situation.. I dare not.. sedih.. berseka air mata babe..
Okey.. selamat satu cerita..
Cerita orang kampung..
Wohoo.. semalam ronda-ronda cari bahan nak masak untuk iftar. Jumpa la pulak orang berjual petai and durian. Selama ni pun banyak jugak. Tapi ini.. melampau punya banyak.
Durian kampung yang rosak sikit (buat tempoyak) baru seringggit sekilo. Yang lain tu sekilo RM2.00. Petai.. seikat RM4.00. Ni semua bakal jadi bahan la. Stok tempoyak.. stok durian and petai memang dah kena replenish ni.
Airport Kuwait..
Alhamdulillah. Setakat ni.. lepas lagi. Bawak la apa pun. Rasanya memang takda problem. Cuma ada masa botol kicap terpaksa tunjuk sebab dia orang ingatkan kita bawak masuk liquor. Tapi keluarga kami.. alhamdulillah.. setakat botol kicap kipas udang tu belum ada lagi Pak Kastam nak tengok.
Okey.. nak pi pasar ni. Ada orang berhajat nak makan sup tulang partner ngan lemang.
Ilal liqa' friends.
- Jaga diri.. jaga hati..