Quantcast
Channel: Ibu Sham
Viewing all articles
Browse latest Browse all 846

INAI atau TATU??

$
0
0


Never like them.. and bukan budaya or adat orang Melayu pun. Seingat Ibu.. kalau orang Melayu "berinai", biasanya hanya di bahagian kuku sahaja or at least hujung jari. tapi sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan. Entahlah..

Pada Ibu (my personal opinion) nampak macam serabut la pulak tengok. Kulit cerah or dark.. dah elok-elok bersih.. pi pulak conteng macam tu.

Some might say art.. seni.. cantik.. entahlah.. for me still.. macam comot jer..

Btw.. mari kita sama-sama fikirkan hadis Nabi ini :

Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)

While.. Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh. Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”

Sudahh terang lagi bersuluh.. wallahu’alam.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 846