Assalamualaikum all,
Hari ni kumpulan Perwakilan Wanita Kuwait buat lawatan ke Beit Al-Sadu (House of Traditional Weaving) pulak.
Al-Sadu sebenarnya adalah sebuah pusat kebudayaan yang berkenaan dengan promosi seni tekstil tradisional Kuwait dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengannya.
Projek Al-Sadu telah dimulakan pada tahun 1978, dimulakan sebagai suatu usaha initiatif untuk memelihara seni tradisional tenunan Bedowin.
Okey, takmo cerita banyak.. kita layan gambar sahaja ya. Jenuh kalau nak cerita semua nanti.
Then, ini pulak masa Ibu kat area arts and craft shop. Hajat di hati, nak la jugak beli buah tangan. Tapi.. sekali tengok harga.. harap maklum sahajalah ya. So tak dapat beli buah tangan, kita posing sahajalah ya. Bergambar.. free jer.