Lagi cerita zaman muda yang sangat laaaaa muda.
Zaman sekolah rendah.
Tiap kali nak balik kampung, memang mesti kena lalu kat depan sekolah ni. Dalam banyak-banyak sekolah yang Ibu dah pi belajar (walhal ada 5 je.. 2 tadika, 1 sekolah rendah and 2 sekolah menengah), time belajar kat sini laa yang paling best.
Gambar ni Ibu cilok dari FB sekolah ni
Reason Ibu kata best..
Just for one reason only.. tak ada stress. Tak tau la.. tapi masa kat sini memang Ibu paling happy. Takda masalah tho homework berlambak, tak ada sesapa nak dengki dengan sesapa.. takda nak marah dengan sesapa.. and cikgu-cikgi semua baik-baik belaka.
And below, adalah lima rakan sebaya yang suatu masa dahulu amat rapat yakni jika kemana-mana pasti akan selalu dilihat bersama. Selepas dari sini, semua berpecah. Semua bawak hala masing-masing. But with God bless.. kami diketemukan semula selepas hampir 30 tahun berpisah. Alhamdulillah, kemesraan antara kami masih seperti dulu. Tak cukup dengan wassup, sms.. fb jugak jadi media kami untuk berhubung.
Jika dua tahun lepas hanya empat orang yang berjaya diketemukan semula.. tahun ini alhamdulillah.. semuanya kembali bersama. Dengan loghat slang Neghori yang pasih tidak pudar.. hilai ketawa kami mampu membuatkan orang keliling pusing kepala tumpang bertanya.. "apalah yang best sangat disembangkan tu??".
Harap-harapnya persahabatan ini akan terus kekal hingga ke hujung nyawa. Insya'Allah.. dengan izin-Nya.. hanya itu yang mampu kami pinta.
Zaman diktator.. time tu sesapa kena pilih jadi "pengawas" famous wooooo..
And tahun ni, rezeki Ibu lebih baik dari yang sebelumnya. Ibu dapat jumpa kawan-kawan yang sama dengan Ibu masa di sekolah menengah pulak. Walaupun asalnya ramai lagi yang nak datang.. tapi at last muka-mula ni saja yang muncul. Still.. alhamdulillah..
Dari dzohur bawak ke maghrib and at last isya'.. semua cerita "dalam almari" semua keluar balik. Itu pun rasa macam tak cukup masa.Tapi dah jenis "kami" kalau dah berjumpa tu memang tak cukup mulut saja yang bercerita, abis tangan segala naik. Well, it was a good 20 years for us. Dari anak dara, sekarang dah mak dara. Dari yang berambut sekarang dah botak (as per Shuk.. itu "style"), we've had a real good time then.
Dari bertukar calling card at last ke FB, harapnya.. it will last forever. And all this while tho' kami tak pernah berjumpa eye-to-eye, kami masih tak terputus berita. May it be from 3rd party of for whatsoever medium, kami masih terus updating each other with the latest news.
Us.. back then..